?

Log in

audadi
05 December 2010 @ 10:02 pm
Berkata Imam Al-Ghazali: "Jika engkau ingin mengikut jejak para Imam kuatkanlah dirimu untuk terima segala musibah, bertenang dalam menanggung kepahitan, sifat sabar terbentang dalam dadamu, lisanmu perlu dikunci, matamu dikawal, rahsiamu disembunyikan, hanya dilihat oleh Tuhan sahaja, namamu jgn terkenal, mulutmu tersenyum, perutmu lapar, hatimu luka, hindari dari terkenal, pangkatmu dipendam, setiap hari menahan perasaan pahit dari zaman dan teman, sedang hatimu menurut, siangmu sibuk berbakti kepada orang ramai, malammu rindu pada Tuhan, sepi dari pandangan.. Jadikanlah ia jalan dan persiapan untuk hari Kiamat yang padanya sulit sekali mencari jalan.. "
Tags:
 
 
Current Location: alex a.r.e
Current Mood: melancholymelancholy
 
 
audadi
03 December 2010 @ 04:45 am
DOA KALBUKU
dimalam penuh bintang
di atas sajadah yang kubentang
sedu sedan sendiri mengaduh pada Yang Maha Kuasa
betapa naif diriku ini
hidup tanpa ingat pada-Mu
urat nadi pun tahu aku hampa..
di malam penuh bintang
di bawah sinar bulan purnama
kupasrahkan semua keluh kesah yang aku rasa
sesak dadaku menangis pilu
saat ku urai dosa-dosaku..
dihadapan-MU ku tiada artinya
doa kalbu tak bisa aku bending
deras bak hujan di gunung sahara
hatiku yang gersang terasa tenteram...
hanya Engkau yang tahu siapa aku
tetapkanlah seperti malam ini
sucikan diriku selama-lamanya
Tags:
 
 
Current Location: cairo a.r.e
Current Mood: coldcold
 
 
audadi
Saya bukanlah seorang yang berminat membaca 'forwarded message' yang panjang-panjang. Apatah lagi menyebarkannya. Namun yang satu ini, bagai kena dengan saat ini:

”Selama ini kita selalu kecewa & patah hati apabila kehilangan atau jauh dari perkara2 fana yg dicintai. Sering meminta2 kpd Allah segala perkara dunia, rezeki, harta, anak-pinak, kesihatan, pangkat & jawatan. Tapi… pernahkah kita menangis & merayu untuk mendapat cinta-Nya? Pernahkah kita berasa sedih apabila jauh dari-Nya, hilang perhatian & kasih sayang-Nya? Usahlah memandang remeh kepada kecilnya kelalaianmu, takutilah kepada besarnya Keagungan yang telah kau ingkari. Jadikanlah Allah tujuan tertinggi hidupmu, nescaya segala langkah kehidupanmu akan selalu berada dlm bimbingan-Nya, segala perbuatanmu menjadi tasbih & pengabdianmu kpd Allah…”

(sebenarnya tak tahu nak posting apa,kan???)
Tags:
 
 
Current Location: cairo a.r.e
Current Mood: gloomygloomy
 
 
audadi
19 November 2010 @ 09:16 pm
Maksudnya sudah 2 tahun saya di Perlembahan Nil ini!!

Dengan nama ALLAH~

Kita semua sudah maklum! Saya maklum dan anda juga lebih maklum, masa kini berlalu amat pantas. Maka sudah tentu 'kewajipan' kita (baca: saya) untuk mengimbas kembali, sepanjang 2 tahun ini, apakah yang telah kita (baca: saya) capai setelah menerima anugerah peluang berada di Kiblat Ilmu ini.

2010 Tahun Kebangkitan Mahasiswa/wi! dan kita ada kurang daripada 2 bulan untk benar-benar mencapai tahap itu. Ayuh!
Tags:
 
 
Current Location: cairo a.r.e
Current Mood: cheerfulcheerful
 
 
audadi
14 November 2010 @ 10:03 pm
Dengan nama ALLAH~

Wah, kenapa tak tunggu sampai tahun depan, baru hantar entry terbaru di Journal ini!Haha, jangan merajuk. Masa berlalu sangat pantas, bukan? Entry terakhir adalah pada bulan Februari, dan kini sudah November.

Senang membaca Jalan Dakwah tulisan Sheikh Mustafa Masyhur!

Salam idil adha~~selamat menyumbang, selamat berkorban~~

10 Zulhijjah di Mesir & Jordan- 16 November
10 Zulhijjah di Malaysia- 17 November

Tanah Melayu, kami raya dulu!!
Tags:
 
 
Current Mood: chipperchipper
 
 
 
audadi
NOTA: ‘AL-FIQHUL KHAMSAH’ (SIYASAH SYAR’IAH; SYEIKH DR. YUSOF AL-QARADHAWI)

ASAS-ASAS DAN POIN-POIN PENTING DALAM SIYASAH SYAR’IAH (M/S 225-227)
1. ‘Siyasah Syar’iah’- himpunan kefahaman syar’iah dalam mentadbir hal-hal ummah bersuluhkan Syariah.
2. Jenis-jenis kefahaman yang dimaksudkan:
a) ‘Ath-Thawabit’- Perkara yang tidak akan berubah-ubah dengan perubahan zaman dan tempat. Contoh: asas-asas akidah, nilai-nilai akhlaq dan menentang kejahilan serta kemunduran.
b) ‘Al-Mutaghayyarat’- Perkara yang menerima perubahan seputar Ath-Thawabit; dengan erti kata ‘Al-Mutaghayyarat’ terikat dengan ‘Ath-Thawabit’, muncul darinya, juga kembali kembali kepadanya.
3. ‘Al-Fiqh’ (pemahaman) yang akan diterangkan dalam Siyasah Syar’iah ialah: Apa yang akan menghubungkan antara ‘Al-Mutaghayyirat’ dengan ‘Ath-Thawabit’. Ia timbul dari akidah, bersandarkan syariah dan disokong oleh nila-nilai murni dan akhlak. Pemahaman ini terdiri daripada 5 poin penting:

a) Fiqh Nusus
b) Fiqh Waqi’
c) Fiqh Muwazanat
d) Fiqh Awlawiyat
e) Fiqh Taghyir


FIQH NUSUS DALAM SULUHAN ‘AL-MAQASID’ (M/S 230-286)
1. Fiqh Nusus adalah perkara pertama yang harus difahami dari Siyasah Syar’iah; iaitu memahami nas-nas syariah yang bersifat juz’ie (subset) dengan pertimbangan maqasid (tujuan) syara’ yang bersifat ‘kulli’ (set semesta); di mana subset-sebset ini bergerak seputar set-set semesta dan menghubungkan hokum-hukum dengan tujuan-tujuan sebenarnya.
2. Terdapat 3 aliran yang mempunyai pandangan dan jalan yang berbeza dalam memahami Fiqh Nusus ini:
a) Aliran ‘Al-Zohiriah Al-Judud’
Aliran yang berpegang kepada nusus-nusus juz’ie semata-mata serta mengabaikan tujuan-tujuan (al-maqasid) kulli.Sedangkan para ulama’ telah bersepakat bahawa Syariat diturunkan untuk merealisasikan maslahah hamba-hamba Allah; sama ada maslahah yang bersifat dharuriah, hajjiah, atau pun tahsiniah (nota: pembahagian ini adalah peringkat maslahat bermula dengan yang paling utamt). Mereka terlalu literal (harfiah) serta mundur (jumud). Contoh: Mereka melarang golongan wanita daripada bekerja, sekali pun wanita ini atau ahli keluarganya amat berhajat untuk keluar bekerja.
b) Aliran ‘Al-Mu’attolah Al-Judud’
Mereka menganggap mereka mementingkan Maqasid Syariah tetapi mengabaikan nas-nas Al-Quran dan As-Sunnah. Mereka mendakwa bahawa agama adalah ‘jauhar’ (core) dan bukan ‘syakl’ (syi’ar). Contoh: menganggap solat mengurangkan produktiviti serta zakat menggalakkan pengangguran. Sebahagian mereka berkata bahawa tujuan dari ibadat adalah membersihkan jiwa, dan tujuan ini boleh dicapai sekali pun ibadat ditinggalkan. Namun, sebenarnya, adalah mustahil ALLAH ‘Azza wa Jalla mengabaikan maslahat hamba-hambaNya dalam pensyariatan yang diturunkan olehNya, sedangkan DIA lah juga yang menjaga maslahat hamba-hambaNya di dunia dan di akhirat.
c) Aliran ‘Al-Wasatiah’
Ini adalah aliran yang diterima serta dipegang. Aliran ini percaya bahawa hukum-hukum Syariah semua selari dengan hikmah serta terbina di atas maslahat ciptaan, bahawa ALLA menghalalkan sesuatu dan mengharamkan yang lainnya adalah untuk manfaat hamba-hambaNYA tanpa syak atau keraguan pun. Persepakatan para ulama’ adalah bahawa maslahat yang bersifat ‘yaqiniah’ (Al-Qat’iah) tidak mungkin bercanggah dengan nas qat’ie dan apa jua keadaan.
Mereka juga yakin bahawa terdapat perbezaan antara ‘Ibadat’ dan ‘Muamalat’:
(asl-asal dalam Ibadat adalah semata-mata pengabdian, tetapi kita tidak menafikan bahawa wujud Al-Maqasid dalamnya, contoh: solat dimulakan dengan takbiratul ihram tetapi berakhir dengan salam,
manakala asal-asal dalam Muamalat adalah merujuk kepada pengertian-pengertian, rahsia-rahsia, dan tujuan-tujuan, contoh:tempoh ‘iddah wanita yang hamil adalah sehingga melahirkan anak)
FIQH AL-WAQI’ (M/S 287-303)
1. ‘Hukum ke atas sesuatu adalah cabang kepada sesuatu itu’- Ilmu Mantiq
2. Fiqh ini berhubung secara langsung dengan manusia sejagat serta reality semasa yang sentiasa menerima pembaharuan (Al-Tajaddud) dan perubahan (Al-Taghayyur).Melalui pemahaman fiqh ini, perubahan masa, tempat dan keadaan manusia diraikan serta terjaga. Oleh itu, pemahaman Fiqh ini adalah suatu kemestian.
3. Berubah hukum dengan sebab berubahnya maslahat yang menjadi pasak hukum tersebut
Contoh: Kewajipan membezakan antara ahli zimmah dengan muslimin melalui kostum, berdasarkan nas yang diriwayatkan dari Saidina Umar Al-Khattab atau Umar Bin Abdul Aziz. Hal ini bertujuan supaya mereka tidak bermuamalat dengan muamalah muslimin, misalnya sekiranya salah seorang daripada mereka meninggal dunia dan tidak dapat dikenal pasti siapa, tidak berlaku kekeliruan sehingga dikuburkan di perkuburan Islam.
Namun, jika kita lihat reality masa kini, tidak perlu sehingga mewajibkan pemakaian kostum bagi ahli zimmah kerana identity mereka dapat dikenali dengan lebih mudah menggunakan kad pengenalan dan sebagainya. Hal ini juga dapat mengelakkan mereka dari terguris hati serta cukup untuk memenuhi tujuan asal kewajipan memakai kostum di kalangan ahli zimmah.
4. Hukum juga berubah dengan perubahan ‘uruf (adat/kebiasaan) yang menjadi asas hokum tersebut.
5. Perubahan hokum seiring dengan perubahan masa
FIQH AL-MUWAZANAT (M/S 300-305)
1. Poin-poin penting dalam pemahaman fiqh ini adalah:
a) Pertimbangan antara maslahat-maslahat.
b) Pertimbangan antara mafsadah-mafsadah.
c) Pertimbangan antara maslahat dan mafsadah
2. Contoh: Dalam Perjanjian Hidaibiah, Nabi s.a.w telah mengutamakan maslahat yang lebih hakiki serta paling asasi serta berpanjangan berbanding tanggapan-tanggapan sebahagian manusia yang menyangka bahawa perjanjian ini akan membawa kemudaratan kepada muslimin.
FIQH AL-AWLAWIYAT (M/S 306-319)
1. Apa yang dikehendaki dari pemahaman Fiqh Al-Awlawiyat adalah memberikan setiap gerak kerja nilai yang sewajarnya dalam timbangan syara’; dengan itu, apa yang wajar didahulukan akan didahulukan serta apa yang lebih berhak untuk ditangguhkan maka ditangguhkan.
a) Mendahulukan hubungan keagamaan berbanding selainnya. Contoh: mengutamakan cinta kepada ALLAH dan Rasul-NYA daripada selainnya
b) Mendahulukan perkara usul dari perkara furu’:

i. Akidah
ii. Pengetahuan sebelum praktikal
iii. Rukun Islam
iv. Hukum yang qat’ie
v. Nilai-nilai murni dan akhlak
vi. Menjaga maslahat berdasarkan turutannya yang 3
vii. Dhururiat khamsah: agama-nyawa-akal-keturunan-harta
viii. Fardu Ain dan Fardu Kifayah
ix. Perkara yang sunat selepas kewajipan
x. Memerangi dosa-dosa besar selepas memerangi kekufuran dan syirik
xi. Memerangi dosa-dosa kecil selepas memerangi dosa-dosa besar
xii. Mengelakkan yang syubhat selepas mengelakkan dosa-dosa kecil

FIQH AL-TAGHYIR (M/S 320-329)
1. Al-Taghyir Al-Nafsi (Surah Ar-Ra’d:11)
2. 3 kaedah yang wajib dijaga ketika Al-Taghyir (merubah):
a) Kaedah-kaedah berkaitan Adh-Dharurat
b) Kaedah ‘Irtikab Akhaff Adh-Dharurain’
c) Merai sunnah al-tadarruj, iaitu berperingkat-peringkat dalam pelaksanaan (tanfiz)
3. Contoh: Marhalah Makkiah adalah marhalah pembentukan (takwin) dan tarbiah.
 
 
Current Mood: calmcalm
 
 
audadi
14 November 2010 @ 09:35 pm
Presiden
(Pengerusi HEWI, Ketua Lajnah Perhubungan Antarabangsa)
Shahrizan bin Mohd Hazime
Alor Star, Kedah Darul Aman
Tahun 1, Kuliah Master (Fiqh Am) Universiti Al-Azhar
+20113771841 ( shbanjari_01@yahoo.comThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it )
BP Angkat : Iskandariah


Timbalan Presiden
(Ketua Lajnah Perancang Dan Panitia)
Muhammad Zuhaili bin Saiman
Seri Serdang, Selangor Darul Ehsan
Tahun 4, Kuliah Syariah Islamiah, Kaherah
+20111956751 ( abezuh@yahoo.com.myThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it )
BP Angkat : Kedah & Tanta


Naib Presiden 1
(Ketua Lajnah Dakwah & Pembangunan Insan)
Mohd Adlan bin Mokhtaruddin
Sungai Buloh, Selangor
Tahun 3, Kuliah Usuluddin (Hadis), Kaherah
+20116211870 ( mashkadov86@yahoo.comThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it )
BP Angkat : Johor & Mansurah


Naib Presiden 2
(Ketua Lajnah Muhafazah)
Mohammad Azlan bin Hj Alias
Mata Ayer, Perlis Indera Kayangan
Tahun 3, Kuliah Syariah Islamiah, Kaherah
+20144597007 ( izzudin_asfour@yahoo.comThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it )
BP Angkat : Pahang & Semua DPM


Naib Presiden 3
(Ketua Lajnah Kebajikan & Kemanusiaan)
Mohd Farkhan bin Md Zain
Jinjang, Kuala Lumpur
Tahun 4, Kuliah Usuluddin (Hadis), Kaherah
+20142900215 ( ibn_qamari@yahoo.com.myThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it )
BP Angkat : Kelantan & Shoubra

Setiausaha Agung
Ahmad Taufiq bin Mohd Dahlan
Kuang, Selangor Darul Ehsan
Tahun 4, Kuliah Syariah Islamiah, Kaherah
+20107158769 ( kapokbesi@yahoo.comThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it )
BP Angkat : Perak & Zagazig


Timbalan Setiausaha Agung
Mohd Zahid bin Abu Bakar
Perak Darul Ridzuan
Tahun 4, Kuliah Usuluddin (Tafsir), Kaherah
+20115191084 ( ibn_abibakr@yahoo.comThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it ))
BP Angkat : Selangor & Tanta


Naib Setiausaha Agung
(Ketua Lajnah Pendaftaran)
Syeikh Mohd Mujahid bin Sikh Nawawi
Pahang Darul Makmur
Tahun 2, Takhasus Qiraat, Shoubra
+20117402891 ( ibnu_yemeni@yahoo.comThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it )
BP Angkat : Melaka & Mansurah


Bendahari Kehormat
Firdaus bin Noh
Johor Darul Ta’zim
Tahun 3, Kuliah Syariah Islamiah, Kaherah
+20143352855 ( sufi_cairo@yahoo.comThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it )
BP Angkat : Wilayah & Damanhur


Badan Pendidikan Dan Komunikasi Bahasa
Abdul Aziz bin Ali
Kelantan Darul Naim
Tahun 3, Kuliah Bahasa Arab, Kaherah
+20113265864 ( abazali_87@yahoo.com.myThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it )
BP Angkat : Terengganu & Shibin El-Kom


Badan Pengetahuan Dan Penyelidikan
Muhammad Yusuf bin Abd Kadir
Selangor Darul Ehsan
Tahun 4, Kuliah Usuluddin (Hadis), Kaherah
+20118914679 ( gharib_87@yahoo.comThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it )
BP Angkat : Terengganu & Dumyat


Badan Penerangan Dan Penerbitan
Mohd Faizzudin Ghazali
Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tahun 2, Kuliah Usuluddin, Zagazig
+20148228927 ( fareast_addein@yahoo.comThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it )
BP Angkat : Kedah & Damanhur

Badan Ekonomi
Muhammad AlHidayat bin Khalid
Muar, Johor Darul Takzim
Tahun 3, Kuliah Syariah Islamiah, Tafahna Asyraf
+20144108855 ( handzalah2517@yahoo.com.myThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it )
BP Angkat : Pulau Pinang & Shoubra


Badan Sambutan Dan Rehlah
Ahmad Huzaifah bin Fauzi
Kelantan Darul Naim
Tahun 2, Takhasus Qiraat, Shoubra
+20116312426 ( ustazhuzaifah@yahoo.comThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it )
BP Angkat : Wilayah & Zagazig


Badan Kebudayaan, Kesenian Dan Sukan
Mohd Solehuddin bin Mohd Safien
Terengganu darul Iman
Tahun 2, Kuliah Syariah Islamiah, Kaherah
+20115173557 ( aljihad_87@yahoo.comThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it )
BP Angkat : Perlis & Dumyat
Tags:
 
 
Current Mood: awakeawake
 
 
audadi
13 February 2010 @ 08:56 pm
"Bila kalian terumbang - ambing antara pelbagai seruan yang membingungkan dan manhaj - manhaj yang gagal, maka sesungguhnya pasukan ALLAH akan terus berjalan tanpa mempedulikan banyak atau sedikitnya jumlah, kerana kemenangan hanya datang dari sisi ALLAH"

-Imam Hasan Al-Banna-
Tags: ,
 
 
Current Mood: gratefulgrateful
 
 
audadi
09 February 2010 @ 06:10 am
Dengan nama ALLAH~

Salam wbt.

http://kbsn26melaka.blogspot.com/search/label/SABAR%20PASTI%20BERJAYA

Kalau baca komen-komen di entri ini juga menarik!
Hahaha
 
 
Current Mood: bouncybouncy
 
 
audadi
09 February 2010 @ 05:57 am
Gila kita
14 Februari kian tiba
dan kita pun turut ikut gila:



boleh baca di www.maryamabuahmad.blogspot.com

AstaghfiruLLAH~
Mahu undang bala ILAHI mungkin?
 
 
Current Mood: angryangry